Suapan:
Kiriman
Komentar

Masyarakat di luar fitrah

Analogi 1: Bayi – kalau lampinnya basah, atau perutnya lapar, atau badannya rasa tak enak – akan mem-protes dengan tangisan. Tangisannya itu tak akan berhenti selagi ‘situasi tidak selesa’ yang dirasakannya itu- tidak dihilangkan dengan segera.

Analogi 2: Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dihukum penjara, akan menghargai penjara tersebut sebagai rumah berteduhnya, dunianya dan syurganya. Dia tidak akan dapat membayangkan betapa enaknya hidup bebas bermain di taman, di tepi laut, di kolam renang sebagaimana anak-anak normal yang lain. Sel penjara yang sempit dan kotor padanya adalah standard biasa bagi kehidupan. Berbeza dengan seorang anak yang dilahirkan dalam kemewahan, rumah yang luas dan cantik, keluarga yang penyayang, makanan yang baik dan lazat, tempat bermain yang pelbagai. Anak yang kedua tidak akan mau mengaku sel penjara sebagai sebuah kehidupan yang layak buat seorang manusia, selepas merasakan kualiti kehidupan yang padanya sebuah standard yang boleh dijadikan tolak ukur.

Analogi 3: Ada seorang lelaki ditanya: Berapakah ukuran tinggi kamu? Beliau dengan santai menjawab: 60kg. Soalan yang sama diulang, jawapan yang sama diberikan. Lalu si-penanya bertanya lagi: Berapa berat badanmu? Si lelaki menjawab: 170cm. Soalan diulang, jawapan yang sama diberikan. Melihat kepada penampilan lelaki itu yang kurang jelas, si penanya bertanya lagi: Kamu ni lelaki atau perempuan sebenarnya? Lelaki itu menjawap: Nilailah sendiri…

Jika ada seorang pesakit, yang tidak bersuara, tidak ada tindakbalas, tidak ada respon samasekali apabila jarum disuntikkan ke lengannya, atau pisau ditorehkan ke dadanya- maka ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan.. adakah jantung atau nadinya masih berdenyut? Jika ada, apakah otaknya masih hidup? Adakah beliau di bawah anaesthetic sehingga tidak dapat bertindakbalas? Kerana manusia yang waras, sedar, sihat akan bertindakbalas kepada setiap ketidakselesaan yang dirasakannya. Sebagaimana seorang bayi – secara fitrah  akan menangis kalau dia tidak selesa.

Namun demikian, jika seseorang telah di -conditioned-kan untuk menerima sesuatu yang dibawah paras normal sebagai normal, atau sesuatu yang sub-standard sebagai standard, maka tindakbalasnya akan berbeza. Orang ini akan sentiasa bersyukur dan tidak mempertanyakan standard yang disodorkan kepadanya sebagai sesuatu yang indah dan baik -semata-mata kerana beliau tidak pernah tau ada kehidupan atau standard yang jauh lebih baik dari kehidupannya. Justru orang ini kalau dikritik tentang kehidupan yang ia miliki – kemungkinan besar akan melenting dan rasa sangat tercabar dengan kritikan tersebut. Bergantung kepada tahap keikhlasannya terhadap kritikan yang ada, atau keinginannya untuk mencari kebenaran hakiki – beliau kemungkinan besar akan menjejak pendapat atau mencari fakta: samada untuk menjatuhkan kritikan yang diterima, atau untuk menjustifikasikan -yaitu mencari alasan yang tepat kenapa kehidupan yang dihadapinya sekarang memang yang paling terbaik untuk situasi zaman dan tempatnya berada.

Kalau kita renungi, masyarakat kita sekarang ini merupakan masyarakat yang hidup di zaman yang tolak ukurnya jauh berbeza dari tolak ukur benar dan salah. Masyarakat yang tidak mempunyai tolak ukur atau memiliki tolak ukur yang salah tidak boleh dijadikan panduan kerana tolak ukur tersebut adalah tolak ukur yang keliru dan masyarakat tersebut adalah masyarakat yang sesat. Tidak kita samada masyarakat tersebut berjumlah 100 orang, 1000 atau 1 000 000. Ukuran benar dan salah tidak pernah boleh disandarkan pada majoriti atau bilangan. Kerana mungkin saja bagi sebuah masyarakat yang telah ter-kondisi untuk hidup menerima standard yang sub-standard, ukuran yang tidak Islami – mereka akan mempertahankan, dan menjustifikasikan bahawa apa yang mereka miliki sekarang jauh lebih baik dari golongan atau masyarakat tertentu.

Maka masyarakat ini tidak akan berkutik, jika sesuatu yang sub-standard dari fitrah disodorkan kepada mereka. Seperti pesakit yang tidak akan berkutik jika jarum disuntikkan ke lengannya. Mereka akan redha, dengan segala macam perkara yang dipaksakan ke atas mereka, walaupun sebenarnya perkara-perkara tersebut di luar dari layanan yang seharusnya mereka terima sebagai seorang manusia yang berdarjat, mempunyai harga diri dan berstatus ‘khalifah’ di muka bumi ini. Maka masyarakat ini adalah masyarakat yang sakit, atau masyarakat yang telah ter-kondisi-kan untuk redha dengan apa yang ada, tanpa mau berusaha merubah kehidupan mereka. Kebenaran bagi mereka adalah sesuatu yang relatif dan bukan absolut kerana mereka tidak pernah mempunyai tolak ukur yang absolute. Sebagaimana lelaki tadi yang tidak jelas jantinanya, dan penilaian terhadapnya merupakan sesuatu yang relatif.

Masyarakat yang benar, adalah masyarakat yang hidup, berlandaskan tolak ukur yang jelas, konsisten dan absolut. Hanya Islamlah yang menawarkan sistem yang jelas, konsisten dan absolut: tanpa mengira zaman dan tempat.

As-Syaikhan mengeluarkan hadits, dengan lafaz dari Muslim, dari A’isyah r.a berkata: Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Orang yang paling cepat menyusulku (mengikutiku selepas aku wafat) adalah orang yang paling panjang tangannya”

Lalu isteri-isteri Rasulullah saw pun saling mengukur tangan siapa yang paling panjang di antara mereka. Di katakan oleh A’isyah ra: Setelah Rasulullah saw wafat, kami berkumpul di salah satu rumah lalu mengukur panjang tangan (kami) pada tembok. Hal itu dilakukan sampai wafatnya Zainab bin Jahsy – yang ternyata tangannya paling pendek. Dari situlah kami baru mengetahui bahawa yang dimaksudkan panjang tangannya oleh Rasulullah saw adalah (orang yang sering) bersedekah. Zainab memang orang yang biasa bekerja dengan menggunakan kedua tangannya memintal manik-manik, lalu menginfakkan hasilnya fi sabilillah.

Thabrani mengeluarkan hadis di dalam Mu’jam al-Ausath, dari ‘Aisyah ra yang berkata:

Zainab biasa memintal kain dari bulu domba, lalu hasilnya diberikan untuk peperangan.

SubhanAllah!

Ibu Hakiki adalah ‘biological mothers’ – iaitu ibu sebenar – secara biologi- kepada anak. Sedangkan Ibu Majazi merupakan wanita yang menjadi ibu kepada seorang anak atau lebih tetapi beliau bukanlah biological mothers anak-anak tersebut

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.